Header Ads

Neelofa Pertahan Lokasi Pelancaran Tudung di Kelab Malam

Loading...
Siapa tak kenal dengan Hajah Noor Neelofa Mohd Noor? Perniagaan jenama tudung Naelofar Hijab miliknya itu, memang tengah hot di kalangan hijabster abad ini. Naelofar Hijab pernah mencipta rekodnya yang tersendiri apabila berjaya meraih berjuta-juta keuntungan dan mempunyai pelanggan dari serata dunia hingga ke negara seperti Israel.


Namun semalam, muncul pulak berita tak enak mengenai pengasas tudung ni dan jenamanya apabila Neelofa telah melancarkan koleksi terbaru Naelofar Hijab iaitu #BeLofa di sebuah kelab malam terkenal, Zouk. Fuh biar betul hajah? 


Menurut Berita Harian, majlis tersebut juga diadakan untuk menyambut ulang tahun kelahiran Neelofa ke-29. Tindakan pelakon Suri Hati Mr. Pilot ini dipertikaikan kerana out of all places mengapa Zouk juga dipilih untuk melancarkan suatu produk yang halal? Konpius jugak dibuatnya!



Tapi kalau anda sangka kutukan ini akan membuat Neelofa lemah, anda salah! Dalam sesi temubualnya bersama media, pengacara program Meletop itu menegaskan bahawa dia langsung tidak mahu ambil peduli dengan kritikan orang ramai tentang perkara yang dilakukannya. Yang paling penting dia tahu apa yang dilakukannya itu betul.

Malah Neelofa juga menjelaskan kenapa dia memilih Zouk sebagai tempat yang sesuai untuk pelancaran produk terbaru jenama tudungnya itu. Hmm…


Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.”

Fuh murahnya jugak buat event kat Zouk ni! 

Meskipun Neelofa menerima banyak kecaman, dia bersyukur majlis yang dirancang itu berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh ramai sahabat handai, keluarga terdekat dan rakan media yang menyokong.

Acara tersebut juga dimeriahkan dengan persembahan artis seperti SonaOne dan tarian rancak daripada hijabista yang hadir untuk memberi sokongan kepada pelakon tersebut.

Hmm pelik jugaklah lancarkan tudung dekat kelab malam. Tak pernah lagi orang buat. Apapun semoga Lofa terus sukses dan banyak-banyak bermuhasabah diri ye!

Sumber: Lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.