Header Ads

Pedih!Realiti Makcik Bawang Pada Pandangan Mata Lelaki

Loading...
Assalamualaikum pembaca2 sekalian, tujuan aku disini nak cakap tentang makcik2 bawang daripada perspektif golongan aku(lelaki). Siapa cakap pempuan saja yang seksa dengan mulut2 makcik puaka yang sememangnya menyakitkan hati? Kalau korang nak tau…aku hidup dikelilingi dengan 5 orang makcik mulut rawatan loji air. serious…boleh buat kemurungan yang berpanjangan kalau nak dilayan.

Pedih!Realiti Makcik Bawang Pada Pandangan Mata Lelaki

Itu baru golongan makcik, belum lagi pakcik2 biawak yang perangai lebih kurang 2×5. Diorang ni semua adik-beradik arwah mak aku. dari awal mak aku sakit sampai sekarang, memang tak pernah nak jenguk mak aku kat rumah, walaupun rumah kami tak sampai 5 minit pun dengan rumah diorang.

Mak aku selalu kecik hati, sebab makcik bawang mulut puaka tak nak melawat dia yang sarat sakit. korang imagine, mak aku yang sakit2 kaki…dengan membawa umur yang tua pula yang larat nak ke rumah adiknya yang sihat walafiat. Semua adiknya tinggal berdekatan dengan kitaorang, mak ada 8 adik…semua tak pernah nak lawat mak kecuali masa hari raya.

Makcik bawang no. 1, Perangai dia ni memang tak dapat dikawal…hot tempered, you can never win with her! Kalau kau nak gaduh dengan dia, sediakan hujah dan khutbah macam mana baik sekalipun, dia boleh saja jawab macam2. kadang2 merepek pula hujah yang dia shoot balik. Pernah sekali aku kena tengking kat telefon, bayangkan aku baru umur 11 tahun, kena tengking sebab kami tak telefon dia haritu…

Turun sel-sel otak aku yang baru nak berhubung. Tapi kami pernah gaduh hebat tahun lepas, masani umur aku dalam 23 tahun, boleh lah rebel2 sikit. Masa ni mak aku sudah tenat, panat sangat seharian kat hospital, aku decide utk keluar tempat menunggu, aku pasang sendiri episode runningman yang aku download kat tv menunggu.

Tup2 dorang makcik bawng yg lain melawat mak aku, then aku receive mesej dari makcik onion no. 1 “Ko jangan nak tengok sangat tv tu, jaga2 mak kau yg sakit tu, doakan dia sembuh, tak payah nak tonton benda tak berfaedah sampai lalai”

Aku macam….speechless sangat sampai aku call makcik aku tu. aku cakap kat dia “Makcik sanggup kan, nak tuduh aku macam2, makcik tak tau aku dri pagi jaga mak, perlu atau tak aku bagitau kat semua orang aku semayang siang malam doakan mak aku sembuh. Cukup Allah tahu macammana sakit rasanya tengok mak terbaring kat hospital selama berbulan2, makcik apa tau? ” 

Dia tak expect aku nak melawan cakap sampai mcmtu skali, terus dia tutup.

Aku text dia panjaaaaaaaang sangat sampai berparagraph2. Jangan dia ingat aku tak mampu nak lawan balik, kalau aku nak cerita…memang tak akan habislah dengan makcik bawang no. 1 ni!!

Makcik bawang no. 2 pula suka sangat mengumpat, hari2 nya tak akan sempurna kalau tak cakap pasal orang lain. Kalau tak cakap pasal anak orang, tak akan cukup syarat2 utk dia hidup hari tu. Penyibuk pun boleh tahan…tahap dewa! Gaji anak2 nya semua mesti nak tahu, jangan kan gaji anak…gaji menantu, adik beradik, ipar2, jiran mahupun yang sewaktu dengannya, semua dia tahu! Aku tak tau lah..nk kagum atau tak dengan superpower makcik bawang yang satu ni.

Akak aku yang nombor 4 kahwin awal dari akak2 aku yang lain, Makcik bawang ni lah yang selalu cakap kat akak aku yang dia tak akan kahwin sebab menurut kepercayaan diorang, siapa2 yang adiknya kahwin dulu, akak2nya yang lain tak akan dapat jodoh sampai ke tua. Statement makcik aku buat aku nak tumbuk usus2nya masa tu. HAHAHA yang buat aku puas bila dia terkejut masa aku bagi kad jemputan kakak aku yang kahwin dalam setahun lepas tu non-stop.

Makcik bawang no.3, Dia ni lah yang paling aku anti, serious gaban! Paling banyak menyakitkan hati aku, mak aku dan family aku lah pokoknya.  

Benarlah kata orang “Perempuan yang mulut celupar, busuk, longkang memang layak makan selipar”.

Ada satu insiden aku tak boleh nak lupa sampai bila2, masa hari raya, setahun sekali melawat rumah kami…makcik aku complain pasal rumah kami panas, banyak lalat dan kek banyak kena hinggap lalat, sebab tu kot dia tak lalu nak makan, tambahan pada masa tu makcik bawang no. 1 ni pun ikut beraya rumah kami, dia boleh cakap “eh, gemuk2lh lalat dirumah diorang ni, sihat walafiat”.

Akak aku terus masuk bilik menangis teresak2, mak aku jangan cakaplah, menahan rasa sepanjang kena keji…Masani makcik bawang 3 terkena batang hidungnya sendiri, sungguh rumah dia yang sangat besaaaaaar dan mewah tu, orang tak nak melawat rumahnya.Tak tau sebab apa. Mulut laki nya pun boleh tahan puaka, apa lagi mulut anak2 nya yang lain, kalau diorang nak buat baik sekalipun aku rasa faaake sangat2…tak taulah knapa…

Untuk pengetahuan korang, pada masatu keluarga kami memang tak kena pandang langsung, sebab antara adik beradik mak yang lain, keluarga kami yang paling dhaif. Tapi sekarang? Alhamdulilah, semua kami mampu miliki sebuah rumah setiap sorang. Boleh bawak mak ayah pergi berlayar. Bagi kat mak ayah banyak2 setiap bulan, dapat berjasa kat mak sebelum dia pergi.

Aku janji kat mak, selagi aku hidup, walaupun aku anak paling bongsu, tapi aku tak akan sekali-kali biarkan makcik-makcik bawang ni nak hina mahupun pijak kepala kmi lagi. Ikutkan hati nak je aku sambung panjang2, tapi tangan aku lengah lah pula 🙂 bye korang

– Hakeem

Sumber: IIUM Confession

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.