Header Ads

Peminat Persoal Niat Shima Jual Baju Seksi Selepas Berhijrah

Loading...
Semakin meningkat usia, semakin banyak perubahan dan kematangan yang seseorang itu miliki seiring dengan perjalanan hidup yang mencabar. Mendapat hidayah dan berubah ke arah sesuatu yang lebih baik itu adalah sesuatu yang semua orang inginkan. Ini termasuklah penghijrahan golongan artis yang sering mendapat perhatian media dan peminat.

Peminat Persoal Niat Shima Jual Baju Seksi Selepas Berhijrah

Baru-baru ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Teringin, Shima difahamkan telah muncul dengan imej baru selepas menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah pada bulan lalu, lapor Berita Harian. Perubahan 180 darjah Shima itu sudah pastinya ditunggu-tunggu peminat yang mana terkejut dan terharu melihat dirinya yang kini sudah bertudung.

Malah Shima juga telah membuat keputusan untuk menjual dan menghadiahkan koleksi baju-baju lamanya kepada orang ramai kerana merasakan tiada gunanya lagi menyimpan pakaian tersebut.

“Saya menyanyi sejak berusia 19 tahun, jadi terlalu banyak baju seksi terutama ketika menyanyi di kelab malam yang masih disimpan.

“Bagaimanapun, buat apa saya menyimpan baju itu, sedangkan saya sudah berubah imej bertudung. Selain memenuhi ruang almari, ia pun tidak muat untuk dipakai lagi,” kata Shima.

Pun begitu, tindakannya menjual pakaian seksi tersebut telah menerima cemuhan peminat yang merasakan penyanyi tersebut sepatutnya membuang atau membakar pakaian itu sahaja dari menambah dosa kepada orang lain dan diri sendiri.

Peminat Persoal Niat Shima Jual Baju Seksi Selepas Berhijrah

Peminat Persoal Niat Shima Jual Baju Seksi Selepas Berhijrah

Peminat Persoal Niat Shima Jual Baju Seksi Selepas Berhijrah

Namun tidak semua berfikiran sedemikian. Ada juga yang cuba bersangka baik dengan tindakan Shima dan menganggap penyanyi Luka Dilukai ini mungkin menjualnya kepada mereka bukan beragama Islam dan hanya untuk dipakai buat tatapan suami sahaja. Bagus korang ni positif! 

Peminat Persoal Niat Shima Jual Baju Seksi Selepas Berhijrah

Peminat Persoal Niat Shima Jual Baju Seksi Selepas Berhijrah

Apa-apapun diharapkan Shima terus istiqamah dengan perubahan yang dilakukan….

Sumber  :Lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.