Header Ads

Loading...

Terkeluar Usus Dari Dubur Gara-Gara Duduk Lama Di Tandas

Loading...
BERMAIN permainan video di telefon pintar ketika membuang air besar boleh menyebabkan prolaps rektum.

CHINA 10 Feb. Seorang lelaki di tenggara China terpaksa bergegas ke hospital pada waktu tengah malam selepas menyedari kehadiran ketulan misteri sebesar bola terkeluar daripada duburnya.

Terkeluar Usus Dari Dubur Gara-Gara Duduk Lama Di Tandas

Akhbar tempatan, Kan Kan News melaporkan, doktor memberitahu, ketulan yang masih terjuntai dari duburnya itu adalah usus besarnya yang tidak lagi melekat di dalam tubuhnya.

Menurut doktor itu, keadaan berkenaan dikenali sebagai prolaps rektum yang dipercayai disebabkan lelaki tersebut duduk di tandas lebih daripada 30 minit.

Lelaki tersebut memberitahu, dia bermain permainan di telefon pintar ketika hendak membuang air besar.

Insiden itu berlaku di Zhongshan, wilayah Guangdong pada 4 Februari lalu.

Pesakit yang tidak dimaklumakan identitinya itu dirawat oleh Dr. Su Dan dari Bahagian Pembedahan Gastrointestinal, Hospital The Sixth Affiliated, Universiti Sun Yat-Sen.

Dan memberitahu wartawan, lelaki itu didiagnosis mengalami prolaps rektum iaitu keadaan yang melibatkan bahagian terakhir usus tidak melekat pada badan dan keluar daripada tempat asalnya.

Keadaan pesakit itu teruk. Pesakit telah mengalami prolaps rektum sejak berumur empat tahun, tetapi ketika itu masih boleh dipulihkan namun dia tidak mendapatkan rawatan maka keadaan menjadi teruk, katanya.

Imbasan tomografi berkomputer (CT) menunjukkan ketulan berbentuk bola di luar dubur pesakit bergaris pusat 16 sentimeter (sm).

Walaupun pesakit telah mengalami masalah itu sejak usia muda, Dan menambah, punca tersebut turut disebabkan mengambil masa yang lama ketika menggunakan tandas. – Utusan

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.