Header Ads

Loading...

"Alaa Artis Kpop Ni Semua Plastik Surgery"- 5 Stereotaip Orang Ramai Terhadap Artis Kpop Yang Patut Diperbetulkan

Loading...
Kpop bukanlah sesuatu yang asing pada masa kini. Walaupun mendapat sambutan di seluruh dunia, bukan semua yang meminati serta mengikuti perkembangan artis dan muzik dari negara Korea ini.

"Lelaki Kpop Ni Mesti Gay.."- 5 Stereotaip Orang Ramai Terhadap Artis Kpop Yang Patut Diperbetulkan

Tidak hairanlah ramai mempunyai tanggapan yang salah mengenai mereka kerana dah biasa dengar suapan cerita daripada mereka yang tidak benar-benar mengikuti perkembangan dunia Kpop. Kalau nak tahu, inilah 5 stereotaip orang ramai terhadap artis Kpop yang patut diperbetulkan.

1. Semua artis Kpop buat plastic surgery

"Lelaki Kpop Ni Mesti Gay.."- 5 Stereotaip Orang Ramai Terhadap Artis Kpop Yang Patut Diperbetulkan

Tak dapat dinafikan asal kata Korea je mesti dikaitkan dengan plastic surgery, asal Kpop je orang kata buat hidunglah, matalah. Betul, Korea antara negara yang femes dengan pembedahan plastik, tetapi bukanlah antara negara yang menduduki tangga teratas dalam senarai paling banyak menjalankan pembedahan plastik di dunia. Bukan semua artis Kpop yang cantik dan hensem buat pembedahan plastik ye. Kebanyakan mereka mewarisi wajah yang cantik dan hensem daripada ibu bapa dorang.

Bukan sahaja di Malaysia, peminat di Korea sendiri juga asyik menuduh sesetengah artis Kpop menjalankan plastic surgery. Oleh kerana sering kali dituduh membuat plastic surgery, dorang kini akan menunjukkan gambar semasa kecil supaya orang ramai dapat buat perbandingan. Selain itu, ada juga antara dorang yang akan menolak hidung bagi membuktikan yang ianya adalah original.

2. “Ala, dorang ni bukan reti menyanyi pun…”

Kalau korang nak tau, semua penyanyi Kpop boleh menyanyi dan majoriti mempunyai suara yang sedap dan lantang. Kalau nak suara yang power meletop pun ada. Tetapi, walaupun ada suara yang sedap, malangnya kadang-kadang dorang tak dapat nak tunjuk pun bakat sepenuhnya kepada semua. Hanya beberapa antara mereka je yang dapat mempersembahkan lagu yang sesuai dengan suara kepada orang ramai.


Korang tau tak sebab dorang tak ada peluang nak tunjuk bakat sebenar? Dorang ni terikat dengan kontrak bersama recording label dan perlu mengikut kehendak company yang menguruskan dorang. Memandangkan dorang merupakan salah seorang ahli kumpulan Kpop, so, kena make sure suara dorang tak terlalu over sampai tenggelamkan suara ahli lain. Lepastu, dorang jugak kena ikut kesesuaian lagu. Kalau lagu tu laju, macam mana nak lontarkan suara bagai?

3. Tiada bakat nak tulis lagu sendiri

"Lelaki Kpop Ni Mesti Gay.."- 5 Stereotaip Orang Ramai Terhadap Artis Kpop Yang Patut Diperbetulkan

Ramai yang menganggap artis Kpop ni takdelah berbakat sangat. Lagu pun orang lain yang buat. Tak reti tulis lagu sendiri lah tu! Sebenarnya, kalau korang nak tau, kebanyakan artis Kpop tidak dibenarkan menggunakan lagu yang ditulis sendiri pada awal debut walaupun dorang boleh, tahu dan bagus dalam menulis lagu.

Walau bagaimanapun, dorang akan diberi peluang untuk produce lagu sendiri lepas diberi kepercayaan dan pelepasan daripada company yang menguruskan dorang. Tetapi untuk pengetahuan korang, sekarang makin ramai kumpulan Kpop yang diberi peluang dari awal dan digelar self-producing idol kerana menulis lagu dan choreograph tarian mereka sendiri.

4. “Dorang semua ni tau lipsync je…”

Setiap kali diorang buat persembahan di music show, pihak produksi akan memasang lagu yang ada suara pada background sebagai langkah berjaga-jaga untuk rancangan yang disiarkan secara langsung tu. Pihak produksi buat macam ni sebab nak make sure yang perjalanan show diorang berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Yelah, diorangkan kena menari lagi. Penat kot!


Oleh sebab penyanyi Kpop pun dah bosan dengar orang kata asyik lipsync je, dorang akan menyanyi dengan kuat supaya dapat melawan suara pada background music tu. Video MR removed pun banyak ada di internet untuk membuktikan yang dorang memang menyanyi masa buat persembahan.

5. “Lelaki Kpop ni mesti gay…”

"Lelaki Kpop Ni Mesti Gay.."- 5 Stereotaip Orang Ramai Terhadap Artis Kpop Yang Patut Diperbetulkan

Ni perkara biasa yang orang akan salah anggap. Yelah, mana ada lelaki pakai mekap kan? Tapi, dalam dunia hiburan, artis perempuan dan lelaki akan memakai mekap bila membuat persembahan atau sebelum masuk TV. Macam kat mana-mana negara, kalau masuk TV je memang dorang akan pakai mekap bagi nampak tak pucat dan sedap sikit mata memandang.

Tapi yelah Kpop ni haruslah extra sikit pakai eyeliner bagai. Ada belambak kot kumpulan Kpop. Dorang mestilah nak up sikit daripada yang lain. Walaupun dorang pakai mekap, takdelah itu membuktikan yang dorang tu gay. Artis Kpop pun banyak yang dah bosan dengar pasal orang mempersoalkan seksualiti dorang.

So, amacam? Korang pernah tak terfikir macam ni? Kalau tak tahu dan tak kenal, memang senang untuk kita judge orang tu berdasarkan apa yang kita nampak pada mata kasar. Tapi hakikatnya tanggapan itu semuanya salah.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.