Header Ads

Ini Kisahnya Bagaimana Terjadinya Korea Utara Dan Korea Selatan

Loading...
Perang Korea hanya membuat perpecahan kedua-dua negara ini menjadi kekal. Kita di sini bukan hanya melihat kepada Perang Korea, namun kita jauh ke luar iaitu meninjau ke Perang Dingin (1947-91) yang berlaku pada masa itu. Perang Dingin berlaku terutamanya antara Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet (USSR). 

Secara amnya, perang ini merupakan peperangan ideologi antara kapitalisme dan komunisme. Pihak AS dan USSR sebenarnya langsung tidak pernah berperang secara langsung dalam mana-mana pertempuran mahupun peperangan tetapi sebaliknya berperang secara tidak langsung melalui peperangan poksi.

Sebagai contoh dalam Perang Vietnam, Pihak AS (yang membantu Vietnam Selatan) bertempur dengan tentera komunis Vietnam Utara dan pada masa yang sama, Soviet memberikan keperluan perang kepada Vietnam Utara seperti kereta kebal, kapal terbang, bekalan senjata dan juga pembiayaan berjuta-juta dolar.

Kisah Bagaimana 'Adik-Beradik' Ini Bergaduh Dan Terjadinya Korea Utara Dan Korea Selatan

Kembali ke Korea, Perang Korea adalah perang poksi yang sebahagian daripada Perang Dingin. Tetapi, perpecahan Korea sebenarnya berlaku pada sebelum Perang Dingin. Kedua-dua negara ini berpecah pada penghujung Perang Dunia Kedua.

Kita melihat pada beberapa dekad sebelumnya apabila Empayar Jepun menakluki seluruh Semenanjung Korea pada 1910. Kemudian, Jepun memerintah Korea selama 35 tahun sebelum ia menyerah kalah pada 1945. 

Selepas Perang Dunia Kedua, Korea telah berpecah sementara atas arahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Soviet menguasai bahagian utara semenanjung manakala AS menguasai bahagian selatan. Ia sebagai rancangan untuk menyatukan kembali negara ini pada masa itu. 

Bagaimana Terjadinya Korea Utara Dan Korea Selatan? Ini Kisahnya.

Sememangnya mereka ingin menyatukan semula kerana AS dan Soviet merupakan sekutu pada masa itu walaupun pada hakikatnya, mereka tidak mempercayai sesama sendiri.

PBB telah menjadualkan pilihan raya di kedua-dua bahagian semenanjung untuk berlaku adil dan demokratik. Di bahagian selatan, Syngman Rhee diundi dan Republik Korea ditubuhkan untuk mengambil alih kawalan bahagian selatan daripada tentera AS. Walau bagaimanapun, di bahagian utara, Soviet menolak untuk mengadakan plihan raya bebas dan menubuhkan sebuah negara komunis dan Kim Il-sung menjadi pemimpin negara baru ini.

Pada tahun 1949, tentera AS dan Soviet telah mundur dari Korea. Soviet dan kerajaan komunis China dengan ketaranya menyumbang bekalan senjata dan kewangan manakala kerajaan AS sebenarnya tidak bermurah hati untuk memberikan sebarang peralatan ketenteraan seperti kereta kebal dan meninggalkan mereka dengan persiapan teruk menghadapi mana-mana peperangan atau ancaman. Akhirnya, peperangan ini benar-benar berlaku.

Bagaimana Terjadinya Korea Utara Dan Korea Selatan? Ini Kisahnya.

Pada tahun 1950, di bawah arahan pemimpin Soviet, Joseph Stalin, tentera Korea Utara mara dan menyerang bahagian selatan Korea. Stalin tidak menjangka pihak AS tidak terlibat sejak AS mengundurkan tenteranya dari semenanjung Korea dan mereka tidak bercampur tangan atas kemenangan tentera komunis China dalam Perang Saudara China yang berlaku pada tahun sebelumnya. 

Walau bagaimanapun, Majlis Keselamatan PBB sebulat suara mengundi untuk bercampur tangan dalam situasi yang berlaku di Korea. Ironinya, Kesatuan Soviet adalah sebahagian daripada 'Big Five' (Lima Gergasi bersama AS, United Kingdom, Perancis dan China) Majlis Keselamatan PBB dan mempunyai kuasa veto. Malangnya, Soviet tidak berada di PBB untuk veto resolusi. Jika kita lihat situasi di China, walaupun kerajaan komunis China menang dalam perang saudara dan diberi kuasa untuk mengawal tanah besar China, Republik China (anti komunis) hanya menguasai Taiwan masih memegang kerusi China di PBB.

Soviet lalu melakukan protes melalui memboikot semua perjumpaan PBB. PBB terpaksa bercampur tangan untuk mempertahankan Korea Selatan walaupun kebanyakannya tenteranya adalah tentera AS. Tentera PBB dikerahkan ke Korea di bawah Jeneral Douglas MacArthur. Stalin berjanji akan membantu Korea seberapa yang boleh. Walau bagaimanapun, beliau mendesak tenteranya tidak melibatkan diri dalam pertempuran menentang tentera AS.

Bagaimana Terjadinya Korea Utara Dan Korea Selatan? Ini Kisahnya.

Semestinya persoalan ini berlegar-legar dalam fikiran pembaca mengapakah AS dan Soviet tidak berperang secara 'face to face'? Jawapannya ialah hanya tiga perkataan iaitu mutually assured destruction yang bermaksud kemusnahan yang saling memberikan jaminan. Mari kita lihat, pada masa itu, AS dan Soviet merupakan dua kuasa besar dunia. Selain kuasa besar, kedua-dua negara ini juga merupakan negara senjata nuklear. 

Stalin semestinya sedar akibat bertempur dengan tentera AS. Pada September 1950, tentera Korea Utara telah menguasai hampir seluruh semenanjung kecuali di bahagian penjuru iaitu di Busan dan kemenangan akan berpihak kepada tentera komunis jika berlaku serangan. Tentera Korea Utara menghantar bekalan perang kepada tenteranya di medan perang dan Jeneral MacArthur berfikir beliau mampu merampas bekalan senjata milik tentera komunis.

Sementara berlaku pertempuran di daratan, tentera AS menggunakan angkatan laut menuju ke bahagian tengah semenanjung. Mereka menguasai Seoul dan mereka berjaya menggendalakan bekalan senjata Korea Utara. Beberapa bulan kemudian, dilihat pihak Korea Selatan mula mara ke bahagian utara dan menunjukkan petanda kemenangan. Walau bagaimanapun, kerajaan China yang tidak terlibat langsung mula menghantar tenteranya merentasi sempadan dan bertempur dengan tentera PBB sehinggalah ke selatan semula.

Bagaimana Terjadinya Korea Utara Dan Korea Selatan? Ini Kisahnya.

Pada tahun 1953, Korea Utara dan Selatan menandatangani perjanjian gencatan senjata dan menubuhkan sempadan antarabangsa de facto. Tiada apa-apa dalam perjanjian ini dan ia BUKAN perjanjian keamanan. Di sini kita boleh katakan kedua-dua negara ini masih berperang. 

Selepas perjanjian ini, kedua-dua pihak membina halangan untuk menghalang kedua-dua pihak merentasi sempadan. Kini, ia adalah Zon Bebas Tentera (DMZ) selebar 4 kilometer. Pada tahun 1991, kedua-dua negara ini menjadi ahli PBB. Satu-satunya tempat perjumpaan pemimpin Korea Utara dan Selatan ialah di dalam DMZ iaitu Joint Security Area. 

Kini, Korea Utara dan Selatan ternyata merupakan dua negara berbeza. Kedua-dua negara bertutur bahasa Korea dan menggunakan nama Korea yang menjadi persamaan kedua-dua negara ini. Korea Selatan merupakan sebuah negara kapitalis yang mengamalkan pasaran bebas manakala Korea Utara secara rasminya menghuraikan negaranya sebuah republik sosialis tetapi boleh katakan huraian paling tepat ialah "diktator totalitarisme". Ok, jika pembaca merancang ingin bercuti ke Korea, pembaca barang kali lebih baik memilih ke Korea Selatan.

Bagaimana Terjadinya Korea Utara Dan Korea Selatan? Ini Kisahnya.

Di sini kita dapat simpulkan bahawa kesan Perang Korea amat mendalam bagi orang Korea sendiri dan memberi impak kepada sejarah negara mereka. Malah, Perang Korea mengorbankan beribu-ribu nyawa terutama orang awam. Kesimpulannya, Perang Korea adalah faktor paling utama bagi perpecahan negara Korea sehingga kini.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.