Header Ads

Loading...

"Kalau tak berfungsi kenapa ia wujud" - Fungsi Sebenar Puting Payudara Lelaki

Loading...
Tak perlu ditanya lagi apa fungsi puting pada bahagian dada wanita, melainkan untuk menyusukan bayi. Namun, pernah tak anda terfikir, apakah fungsi puting tetek bagi kaum adam pula?

Jika tiada fungsi, mengapa ia wujud? Adakah benar dakwaan oleh Charles Darwin mengenai teori evolusinya, bahawa puting lelaki adalah organ sisa (organ yang mana dipercayai lebih baik pada zaman dahulu) dan tidak mempunyai apa-apa fungsi?

Untuk itu, kita harus menyelami sedikit sejarah mengenai teori evolusi.

Pernah Terfikir Apa Sebenarnya Fungsi Puting Payudara Lelaki?

Teori evolusi Charles Darwin

Apa Sebenarnya Fungsi Puting Payudara Lelaki?

Sepanjang sejarah Barat, ramai yang menerima pendapat bahawa setiap spesis haiwan diciptakan secara istimewa dalam rupa bentuk yang mana wujud pada zaman sekarang.

Beberapa ahli falsafah purba seperti Lucretius mengajarkan bahawa spesis haiwan telah berubah secara perlahan hasil daripada pengaruh persekitaran. Namun teori ini tidak mendapat sambutan sehinggalah Darwin memperkenalkan teorinya iaitu evolusi melalui pemilihan semulajadi pada pertengahan abad ke-19.

Fungsi Puting Payudara Lelaki

Daripada mengakui kenyataan bahawa sebab manusia tidak menemui fungsi bahagian badan tertentu datang daripada kejahilan sendiri, para penyokong evolusi ini sebaliknya mencadangkan bahawa fungsi yang tidak diketahui itu mungkin bermakna tiada fungsi langsung.

Lebih buruk, teori ini menjadi motivasi kepada ahli biologis untuk mencari bukti kepada teori yang baru. Dan apabila ahli biologis ini sendiri menjumpai bukti bahawa sesuatu anggota atau struktur itu sebagai tiada guna, mereka akan melabelkannya sebagai “struktur sisa” dan menghentikan kajian mengenainya.

Fungsi Puting Payudara Lelaki

Sebagai bukti utama teorinya, Darwin menggunakan kewujudan puting lelaki sebagai contoh organ yang dipercayai sebagai sisa-sisa daripada organ zaman dahulu yang lebih sempurna. Beliau percaya, apabila evolusi berlaku, organ terdahulu berubah dan meninggalkan sisanya yang berbentuk puting yang wujud pada dada lelaki seperti sekarang.

Baginya, jika kita berkembang daripada tahap hidup lebih rendah, bukti organ atau struktur yang digunakan pada masa lampau dan tidak lagi diguna pada masa kini harus wujud pada badan kita. Dengan itu, puting lelaki dijadikan sebagai contoh organ sisa ini.

Dengan ini, teori evolusi beliau diperkuat.

Fungsi puting lelaki

Fungsi Puting Payudara Lelaki

Kenyataan bahawa puting lelaki tidak digunakan untuk menyusukan bayi adalah sebab utama konklusi salah bahawa ia tidak mempunyai fungsi. Puting lelaki mempunyai beberapa fungsi penting, dan ia berkaitan dengan stimulasi seksual.

Kedua-dua puting lelaki dan wanita mempunyai tisu saraf yang sangat banyak, menyebabkannya ia sangat sensitif jika disentuh. Malah, puting lelaki sama sensitif dengan puting wanita.

Juga, kehadiran tisu saraf yang banyak adalah petanda bahawa sesuatu organ itu mempunyai fungsi. Walaupun terdapat banyak perbezaan antara puting lelaki dan wanita, namun kedua-duanya boleh dirangsang melalui sentuhan.

Fungsi Puting Payudara Lelaki

Antara perbezaan utama adalah wanita mempunyai zon ransangan seksual yang lebih besar dan ianya lebih penting untuk respon seksual. Satu lagi perbezaan besar adalah saraf kawasan puting lelaki lebih rapat berbanding wanita, menyebabkan fungsi rangsangan seksual lelaki mesti lebih diberi fokus.

Kepentingan puting lelaki juga dibuktikan dengan usaha membina semula organ ini jika ia terlibat dalam kemalangan atau dijangkiti penyakit. Menurut Dr. Miriam Stoppard, puting dan buah dada manusia sahaja yang terlibat dalam aktiviti seksual. Tiada bukti bahawa primata lain menggunakan organ ini untuk fungsi seksual yang dapat menyokong teori evolusi.


Sumber: budakmentah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.