Header Ads

Loading...

Ratu Legenda Ini Dianggap Paling ‘Badass’ Dalam Ketamadunan Melayu

Loading...
Kalau korang peminat sejarah dan pernah baca artikel kami tentang puteri lagenda dahulukala minggu lalu, korang kena baca kisah tentang seorang ratu yang hebat pada zaman dulu-dulu ni. Beliau tak lain tak bukan, Cik Siti Wan Kembang yang sangat sinonim dengan negeri Kelantan Darul Naim.

Ratu Legenda Ini Dianggap Paling ‘Badass’ Dalam Ketamadunan Melayu

Dilahirkan pada 1570, Cik Siti Wan Kembang ialah anak kepada Sultan Ahmad dan Permaisuri Cik Banun. Mereka merupakan pemerintah Kerajaan Serendah Sekebun Bunga yang sangat dihormati dan antara tokoh hebat dalam sejarah Kelantan.

Bagi yang tertanya-tanya kenapa Cik Siti Wan Kembang ni sangat disanjung ramai dan boleh dikatakan ‘badass’ kalau nak dibanding dengan puteri negeri lain… ini kami senaraikan sebab-sebabnya. 

1. Tolak pinangan pelbagai kerajaan untuk elak peperangan

Ratu Legenda Ini Dianggap Paling ‘Badass’ Dalam Ketamadunan Melayu

Menurut catatan sejarawan, Cik Siti Wan Kembang ni digambarkan sebagai seorang puteri yang rupawan dan bijaksana. Bila ada seorang puteri yang cantik datang dari kerajaan yang baik-baik, berduyun-duyunlah pinangan dihantar untuk menjadikan Cik Siti Wan Kembang ni sebagai isteri kepada raja-raja. Kalau orang zaman sekarang mesti dah melompat seronok kan sebab dipinang raja? Tapi lain pulak dengan Cik Siti Wan Kembang. Dia tak macam korang…

Puteri ni dengan relaxnya menolak semua pinangan yang diterima dengan sopan dan beri alasan, jika dia terima, mesti raja-raja lain terasa dan cetuskan peperangan dengan tiba-tiba. Sebab pendiriannya yang ni lah jugak Cik Siti Wan Kembang sampai ke sudah tak mendirikan rumah tangga.

2. Sediakan peluang pendidikan sama rata bagi rakyat

Ratu Legenda Ini Dianggap Paling ‘Badass’ Dalam Ketamadunan Melayu

Kerajaan Cik Siti Wan Kembang ni boleh dikatakan makmur dalam semua segi. Ekonominya hebat, bala tentera pun dahsyat dan tak dilupakan sistem pendidikan kerajaan ni pun jauh kedepan dari negeri lain. Pemerintah seperti Cik Siti ni boleh dikatakan seorang yang adil lah sebab dia bukan saja sediakan pendidikan pada golongan lelaki, tapi wanita pun boleh tuntut ilmu dengan hak sama rata macam lelaki.

Kalau kaum Eropah dulu selalu jadikan perempuan sebagai mangsa penindasan, Cik Siti Wan Kembang ni dah buktikan yang Tamadun Melayu jauh lebih hebat sebab lelaki dan perempuan tak dibeza-bezakan. Apa yang lebih menarik, Cik Siti akan bawa ramai ulama dari seluruh dunia ke negerinya untuk pastikan rakyat dapat pendidikan agama yang baik.

Sebab tulah jugak dicatatkan kerajaan Cik Siti Wan Kembang ni memang jarang berlaku jenayah atau ada individu yang suka-suka langgar peraturan negara.

3. Bijak bertempur di medan perang

Ratu Legenda Ini Dianggap Paling ‘Badass’ Dalam Ketamadunan Melayu

Tipikal lah bagi kebanyakan orang untuk label perempuan ni sebagai insan yang lemah dan kena dilindungi terutamanya di medan perang. Tapi jangan pandang sebelah mata dengan Cik Siti Wan Kembang okay! Beliau dikatakan seorang puteri yang bijak bertempur dan pandai guna pedang. Cik Siti Wan Kembang juga sudah pandai tunggang kuda dan bermain senjata seperti kelewang sejak dari budak lagi tau!

Satu fakta menarik tentang puteri ni, dia jugak dikatakan memasuki medan perang dengan menaiki kuda serta tentera berkudanya juga terdiri daripada wanita. Girl power! Ada juga catatan yang mengatakan Cik Siti Wan Kembang ini dan anak angkatnya, Puteri Saadong mempunyai kuasa luar biasa. Pun begitu, keberanian wanita ni tetap dikagumi sama ada lelaki ataupun perempuan.

4. Mendapat gelaran ‘Paduka Cik Siti’ dari pedagang Arab

Ratu Legenda Ini Dianggap Paling ‘Badass’ Dalam Ketamadunan Melayu

Sebenarnya ada banyak sumber pasal dari mana Cik Siti Wan Kembang dapat namanya. Ada yang kata, mula-mula nama Cik Siti Wan Kembang ni sebenarnya Wan Kembang saja dan Cik Siti tu nama gelaran yang diberi para pedagang Arab.

Pada pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, ramai pedagang Arab yang datang ke kerajaan ni untuk berniaga sebab dorang suka sangat dengan cara ratunya memerintah kerajaan. Dengan tu, mereka pun panggillah Wan Kembang dengan gelaran Paduka Cik Siti. Ada yang kata perempuan dengan panggilan Siti ni melambangkan dia sebagai wanita mulia dan kaya dengan sifat kewanitaan. Wah untunglah yang bernama Siti ni ye! 

5. Memilih untuk mengakhiri hidup dengan mendekati tuhan

Ratu Legenda Ini Dianggap Paling ‘Badass’ Dalam Ketamadunan Melayu

Selepas memerintah selama 67 tahun dan dikatakan sebagai pemerintah paling lama dalam Alam Melayu, Cik Siti akhirnya serahkan tanggungjawab kepada anak angkat, Puteri Saadong. Dia kemudian pilih untuk bawa diri ke Gunung Ayam untuk beribadat dan lebih dekatkan diri kepada Allah SWT. Sepanjang hayat Cik Siti Wan Kembang, baginda ni dikatakan sebagai seorang yang warak walaupun puteri ni sebelum ni tak menganut pun agama Islam. Dia diceritakan memeluk Islam lepas tertarik dengan agama yang dibawa pedagang Arab.

Sejak daripada tu, tak ada siapa dah dengar tentang Cik Siti Wan Kembang ni sebab dia dikatakan ghaib macam tu je.

Nak tahu kisah tentang lagenda puteri dahulukala yang lain pula? Beritahu kami di ruang komen ye! 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.