Header Ads

Remaja Takut Sangat Bila Ditahan Polis Sampai Terkencing Dalam Seluar

Loading...
Ramai remaja yang suka sangat tunggang motosikal tanpa lesan terutamanya kalau kat kawasan kampung ataupun pedalaman. Ingatkan kat Malaysia je ramai remaja bawah umur suka tunggang motor takde lesen, rupa-rupanya kat negara seberang pun sama jugak.

Remaja  Takut Sangat Bila Ditahan Polis Sampai Terkencing Dalam Seluar

Menurut Coconuts, seorang remaja bawah umur di Indonesia ni akhirnya berjaya ditangkap polis masa duk syok-syok tunggang motor takde lesen tanpa rasa bersalah.

Suka hati je tunggang motosikal takde lesen, tapi tahu pun takut bila dah kena tangkap dengan polis. Sampai terkencing dalam seluar tau! Dah la seluar basah dengan air kencing, polis tangkap pulak gambar dia and post kat Instagram. Malunya!

Remaja  Takut Sangat Bila Ditahan Polis Sampai Terkencing Dalam Seluar

Bukan saja-saja muat naik nak malukan budak tu, polis kata nak bagi pengajaran kat orang lain supaya tak suka hati bawak kenderaan kalau takde lesen. Dah cukup baik tau polis tu siap tutup lagi muka remaja tu dengan emoji muka sedih.

Dalam caption kat gambar tu, pihak polis memaklumkan yang remaja lelaki penunggang motor tu rupa-rupanya seorang pelajar sekolah menengah. Tapi polis tak tahu lah dia memang betul-betul nak terkencing time tu ataupun terkencing sebab terlampau takut dapat saman. Yang pasti seluar dia dah lencun dengan air kencing sendiri.

Remaja  Takut Sangat Bila Ditahan Polis Sampai Terkencing Dalam Seluar

Polis tu juga mengingatkan remaja-remaja bawah umur ni supaya tak payahlah bawak motor kalau takde lesen. Lebih baik naik pengangkutan awam je kalau ibu bapa tak boleh tolong hantarkan. Tambang pun murah, tak payah risau harga minyak naik ke apa.

Remaja  Takut Sangat Bila Ditahan Polis Sampai Terkencing Dalam Seluar

Nak gelak pun ada tengok remaja ni, tapi kesian pun ada. So jangan la cari pasal naik motor or kereta takde lesen ye!

Sumber:Lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.